Visitor No since 22-10-98
Stop demonstrations, focus on serving people instead, Opposition told Print E-mail
Monday, 24 June 2013

Bernama

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- The swearing-in ceremony for Malaysia's parliamentarians including 89 from the opposition for the 13th Parliament which took place on Monday, shows that the 13th general election (GE13) are accepted by all parties.

The haze that has been shrouding the country and the illegal Black 505 gathering at Padang Merbok, near Parliament building, over the weekend which continued until Monday morning, did not affect the swearing-in ceremony, although there was a commotion created by a small group of opposition supporters in trying to break the police cordon.

Pictures of all these episodes including of some protesters camping out in several tents at Padang Merbok were carried by the online media, Facebook and Twitter pages and blogs.

Among the interesting pictures posted Monday are of Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim taking his oath of office as Permatang Pauh MP and the friendly encounter between the PKR advisor and Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin, with Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia also in some of the pictures.

Seeing this development, the question is: What is the DAP-PKR-PAS opposition pact really trying to prove?

Anwar and his allies in the opposition pact has since May 8, been holding the Black 505 gathering at the Kelana Jaya Stadium in Selangor, Penang State Stadium in Batu Kawan and in several other locations to dispute the GE13 results, claiming cheating by the government, and also demanded for the resignation of the Election Commission chairman and its deputy chairman.

Senior lecturer at the School of Social Science, Universiti Sains Malaysia, Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk said the Pakatan MPs who took their oath of office had actually accepted the GE13 results.

"By taking the oath, it shows that they are accepting the electoral process and the election results," he told Bernama on Monday.

He said the opposition leaders should not have taken their oath, pledging loyalty to the country and Federal Constitution if they were unhappy with the election process which they claimed to be fraudulent.

"At first, they tried to derail the electoral process, then they accepted the process. This shows they are not firm with their stand and voters should now think wisely of their (opposition) action," he said.

So, what now?

A senior lawyer, Roger Tan, once said: "It is all about democracy, and not democrazy". The election court is the best avenue to resolve a dispute over an election result and claims of election irregularities.

The deadline to file the election petitions ended on June 12 and the political parties would now face court battles to challenge the GE13 results. The opposition pact has filed 35 election petitions while the Barisan Nasional, 21.

"They can always challenge in court which is the right avenue, so they should stop the demonstrations and just wait for the court decisions," said Azeem.

Why instigate the people to participate in protest rallies while the haze is enveloping the nation, putting them at health risk and affecting the country's productivity?

National Defence University of Malaysia's Leadership, Corporate and International Affairs Division deputy director, and senior lecturer Dr Jessica Ong Hai Liaw said it was better for the opposition leaders to accept the election results and move on.

"Until now, we don't have any proof for us to protest the election process and obviously this is not the way. Taking the 1Malaysia concept into consideration, the protest is not in line with national unity," she said.

Ong believed that protests could always be done in a peaceful way through the right channel.

"Maybe a peaceful negotiation and not a protest demonstration because the 'rakyat' (people) are always the victims at the end of the day.

"Follow the right process and be sensible and rational or engage in intellectual debates rather than protest rallies," she said.


Henti berdemonstrasi, kini tumpu masa berkhidmat kepada rakyat

Bernama
Analisis Berita Oleh Harlina Samson


KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Majlis mengangkat sumpah jawatan 222 anggota Dewan Rakyat termasuk 89 anggota pembangkang bagi Parlimen ke-13 yang bermula Isnin berjalan lancar, jelas sekali keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diterima semua pihak.

Keadaan berjerebu yang melanda negara dan perhimpunan Black 505 di Padang Merbok berhampiran Bangunan Parlimen tidak sedikit pun menjejaskan majlis mengangkat sumpah jawatan anggota Dewan Rakyat.

Gambar-gambar yang disiarkan di laman media online, laman sosial Facebook dan Twitter serta blog-blog menceritakan semua ini.

Sebelum ini gambar jerebu tebal menyelubungi ruang udara beberapa kawasan menghiasi laman berkenaan, selain gelagat serta khemah peserta perhimpunan Black 505 di Padang Merbok pada Sabtu lepas.

Gambar menarik hari ini adalah aksi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh dan juga suasana mesra Penasihat PKR itu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semasa sesi bergambar dan jamuan.

Melihat perkembangan ini, apakah sebenarnya yang ingin dibuktikan oleh parti pakatan DAP-PKR-PAS?

Anwar dan pemimpin sekutunya sejak 8 Mei mengadakan perhimpunan Black 505 di Stadium Kelana Jaya serta beberapa negeri bagi membantah keputusan pilihan raya yang didakwanya penuh penipuan dan mendesak pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya meletak jawatan.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata anggota Parlimen pakatan pembangkang yang mengangkat sumpah jawatan sebenarnya telah menerima keputusan PRU13.

"Dengan mengangkat sumpah jawatan, ia sebenarnya menunjukkan mereka menerima proses pilihan raya umum dan keputusannya, dan mendapat kuasa," katanya kepada Bernama Isnin.

Katanya pemimpin pakatan pembangkang tidak sepatutnya mengangkat sumpah, mengikrarkan kesetiaan kepada negara dan Perlembagaan Persekutuan, sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya yang mereka dakwa wujud penipuan.

"Mulanya mereka cuba menjejaskan proses pilihan raya dan dalam pada itu, mereka menerima proses itu...ini menunjukkan mereka tidak tetap pendirian dan pengundi kini perlu fikir secara bijak mengenai tindakan mereka (pembangkang)," katanya.

Jadi, apa pula sekarang?

Sepertimana seorang peguam kanan Roger Tan pernah berkata "semua ini adalah mengenai demokrasi, dan bukan "democrazy". Mahkamah pilihan raya adalah platform terbaik untuk menyelesaikan pertikaian mengenai keputusan pilihan raya dan dakwaan mengenai kepincangan pilihan raya.

Tarikh akhir untuk memfailkan petisyen pilihan raya berakhir 12 Jun dan parti-parti politik kini berdepan pertarungan di mahkamah untuk mencabar keputusan PRU13. Pakatan DAP-PKR-PAS memfailkan 35 petisyen pilihan raya manakala Barisan Nasional (BN) 21.

"Mereka boleh sentiasa mencabarnya di mahkamah yang merupakan wadah yang betul dan patut berhenti berdemonstrasi. Ketika ini beberapa kes sedang dibicarakan di mahkamah tetapi sehingga hari ini masih belum selesai, kenapa perlu berdemonstrasi? Hentikannya sehingga ia diputuskan," kata Azeem.

Jadi kenapa perlu menghasut rakyat untuk menyertai demonstrasi khususnya dalam keadaan berjerebu sekarang dan merisikokan kesihatan mereka dan menjejaskan produktiviti negara?

Timbalan Pengarah Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang juga pensyarah kanan Dr Jessica Ong Hai Liaw berkata adalah lebih baik untuk pemimpin pakatan pembangkang menerima keputusan pilihan raya mengikut Perlembagaan Persekutuan.

"Sehingga sekarang kita tidak mempunyai sebarang bukti untuk kita bantah proses pilihan raya dan yang jelas ini bukan caranya. Dengan mengambil kira konsep 1Malaysia, bantahan itu tidak selaras dengan perpaduan nasional," katanya.

Beliau percaya bantahan boleh dilakukan dengan cara aman menerusi saluran yang betul.

"Mungkin menerusi rundingan aman dan bukannya protes kerana "rakyat' yang sentiasa menjadi mangsa pada akhirnya. Ikut proses yang betul menggunakan akal fikiran dan rasional atau menerusi debat intelektual daripada berdemonstrasi," katanya.

Comments (0)add
Write Comment. (Anonymous posting will not be published)
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley


Write the displayed characters


 
< Prev   Next >
© 2017 Roger Tan :: www.rtkm.com