Visitor No since 22-10-98
Catu air jika panas berterusan Print E-mail
Wednesday, 04 May 2016

Mohd. RIDHUAN ISMAIL (kanan) bersama Anggota Lembaga Pengarah SPAN, Datuk Roger Tan (kiri) meninjau paras air ketika melawat Empangan Sungai Layang di Pasir Gudang, Johor, semalam. utusan/Ishak Rahmad - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/catu-air-jika-panas-berterusan-1.311432#sthash.isGoKUMQ.dpuf
Mohd. RIDHUAN ISMAIL (kanan) bersama Anggota Lembaga Pengarah SPAN, Datuk Roger Tan (kiri) meninjau paras air ketika melawat Empangan Sungai Layang di Pasir Gudang, Johor, semalam. utusan/Ishak Rahmad - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/catu-air-jika-panas-berterusan-1.311432#sthash.isGoKUMQ.dpuf
 

Utusan Malaysia

PASIR GUDANG 3 Mei – Bekalan air berjadual yang mula dilaksanakan di Mersing dan Kota Tinggi sejak 18 April hingga 15 Mei ini, dijangka dilanjutkan sekiranya cuaca panas berterusan.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Mohd. Ridhuan Ismail berkata, langkah itu setakat ini hanya melibatkan dua daerah tersebut kerana paras air di empangan terbabit menyusut.

Katanya, selain dua daerah itu, langkah yang sama akan dilaksana­kan di daerah ini yang mendapat sumber air dari Empangan Sungai Layang, dekat sini sekiranya paras air jatuh ke 19 meter.

“Paras air di empangan tersebut ketika ini adalah 19.58 meter dan jika trend seperti ini berterusan, pihak kami menjangkakan paras air akan mencecah 19 meter dalam tempoh dua atau tiga minggu.

“Sekiranya itu berlaku, bekalan air berjadual akan dilakukan bagi memastikan bekalan air sedia ada mencukupi untuk tempoh jangka masa panjang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Empangan Sungai Layang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, masalah bekalan air bukan sahaja berlaku di negeri ini tetapi beberapa daerah di negeri lain dan kawasan tersebut sudahpun dikenal pasti.

“Antara lokasi yang terjejas antaranya ialah Timah Tasoh di Perlis, Temerloh, Chini dan Lipis di Pahang, Bukit Merah dan Taiping di Perak serta beberapa kawasan di Kedah.

“Namun antara lokasi tersebut yang paling teruk mengalami gangguan bekalan air adalah di Chini, bagi mengatasinya tujuh lori tangki dihantar setiap hari,” katanya.

Comments (0)add
Write Comment. (Anonymous posting will not be published)
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley


Write the displayed characters


 
< Prev   Next >
© 2017 Roger Tan :: www.rtkm.com